Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi...Ahlan Wa SahlanYa Ramadhan, Wa Marhaban Minkum....
Ramadhan 1430Hijrah, memberikan titik tolak yang amat bererti buat diriku. Dengan seribu kerahmatan dari Ilahi, Tuhan semesta alam, aku sangat bersyukur kerana Ramadhan tahun ini sangat bererti buat ku.

Pertama, dengan kehadiran insan tercinta, suamiku Mohd. Fazli Bin Ibrahim dan dengan adanya zuriat kami yang baru bertakhta di rahim ku selama 15 minggu (3 bln 2 minggu), aku sangat bersyukur. Semoga rezeki ini akan terus diberkati, Insyaallah.....

Hanya Allah yang bisa mengerti betapa aku sangat gembira dengan kehadiran insan-insan ini. Semoga jalinan ukhuwwah yang ku bina fi sabilillah ini akan terus berkekalan hingga habis nafas ku yang terakhir.

"Abg, terima kasih atas budi mu, hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Sama-samalah kita berdoa agar Allah mencucuri kasih sayang dan rahmahnya buat kita sekeluarga, amin ya Rabbal'alamin...."

Jazakallahu khairan khatira, ma'assalamah....

No comments: